CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

suka's tree is growing up

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 1 January 2012

menginjak ke tahun 2012

selamat datang 2012.
terima kasih 2011.
pelbagai pelajaran kehidupan didalamnya.
jodoh, pertemuan, ajal, dan rezeki semuanya telah tertulis.
apa yang penting yakin dengan janjiNya.
cepat atau lambat bukanlah persoalan.
semoga segala urusan dipermudah dan dirahmati olehNya.
amin ya rabbi~♥♥♥

Monday, 26 September 2011

fresh from dkitchen's laboratory..unbaked cheesecake with blueberry filling

                                                meleleh bila tengok filling blueberi tu..^_^


Blueberry unbaked cheese cake

200 gram biskut marie atau apa2 biskut (saya guna oreo biscuit)
150 gm butter
250 gram cream cheese
200 gram whiping cream
60 gram gula halus
15 gram (1 sudu teh) gelatin
60 ml air panas
blueberry dlm tin (utk filling)

cara:
*panaskan butter, hancurkn biskut kemudian gaulkan kedua2nya
*masukan dlm loyang 18 cm yg tlh dialaskan kertas minyak, tekan2 biskut sampai padat, masuk dlm peti ais seketika.
*dlm bekas lain, putar cream cheese dg gula sampai gebu, masuk whiping cream, putar lg.masukn gelatin yg tlh dibancuh dg air panas (jgn bergentel)
*kemudian,masuk adunan cheese kedlm loyang td, biarkan semalaman dlm peti ais, keluarkan, boleh la letak filling blueberry td atas kek, siap....

sukatan untuk filling
250 gm filling
65 gm air panas
25 gm gula
*bancuh jadi air gula..
*pastu satukan dengan filling.
(kalo filling biase jgn abiskan air gula tu..kalo filling ade bijik2 tu..bole kasik abis air gula.)

recipe credit to: kak zu from
 http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

Sunday, 25 September 2011

berehat sebentar bersama KITKAT

Apabila kita mengayuh basikal, janganlah mengayuh dengan kadar yang laju pada awal perjalanan kerana pastinya kita akan merasa kepenatan apabila di tengah perjalanan. Tambah pula apabila sedang mendaki bukit. Begitulah juga dalam sesebuah perhubungan. Jika di awal sesebuah perhubungan dilihat terlalu rancak dan meriah, ditakuti ia akan "mengah" di tengah penggembaraan. Jadi, sebelum penggembaraan menjadi lesu, ada baiknya kita berehat seketika daripada meneruskan sisa-sisa perjalanan. Kembalilah dengan mencari jalan pulang andai mungkin kita sudah tersilap jalan.Allah selalu disampingmu.

Lafaz nikah

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwinnya RM..”
Bunyi macam senang, tapi hakikat disebalik lafaz itu membawa maksud yang mendalam iaitu:

"Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa sahaja dosa yang dia buat, dari dedah aurat hingga ke tinggalnya solat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung,dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku. Kalau tidak dididik, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka.Malaikat Zabaniyah akan melibasku hingga pecah badanku."

Rasulullah bersabda:
"Apabila berkahwin seseorang itu, maka sempurnalah separuh agamanya, maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk selebihnya."
Apabila telah berkahwin antara kaum adam dan hawa, bererti dibahunya terpikulnya suatu beban yang berat,iaitu tanggungjawab mengurus rumahtangga,tanggungjawab sebagai suami/isteri,tanggungjawab sebagai ibu/ayah dan tanggungjawab supaya didikan agama diterapkan dan diamalkan dalam keluarga. 
Kepada sahabat-sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan, ku doakan semoga kalian kekal sehingga ke syurga hendakNYA.amin ya rabbalalamin.

Saturday, 24 September 2011

sukun dan nangka

selamat datang ke dunia blog cik suka.
sukun dan nangka untuk entri sulung kali ini.
jumpa di entri seterusnya.